Google Nexus 7 Di Malaysia. Google melancarkan tablet Android pertamanya pada 27 Jun 2012 yang lepas. Walaubagaimanapun, Google Nexus 7 ini masih belum lagi dipasarkan di Malaysia. Sebagai alternatif, para peminat tablet android google ini boleh membeli secara direct melalui google play. Berapa Harga Google Nexus 7 Di Malaysia ? . Google Nexus 7 dipasarkan dengan harga USD199 (lebih kurang RM600) di US.
Google Nexus 7 adalah salah satu tablet utama dalam mini tablet bersaiz sederhana (sekitar 7 inci). Amazon Kindle Fire dan Samsung Galaxy Tab2 7.0 adalah persaing kepada Nexus 7. Syarikat gergasi Apple juga dijangka akan melancarkan iPad mini yang bakal bersaing dengan Google Nexus 7 ini. Oleh itu, mungkin pilihan pengguna nanti adalah antara 4 penjuru Google Nexus 7 vs iPad Mini vs Samsung Galaxy Tab 2 7.0 VS Amazon Kindle Fire.
Advantage atau kelebihan Google Nexus 7 adalah display resolusi dan pixel density yang lebih bagus berbanding Samsung Galaxy Tab 2 7.0 ataupun Amazon Kindle Fire. Dari segi processor, Google Nexus 7 memang menang kepada Samsung Galaxy Tab 2 7.0 dan Amazon Kindle Fire. Google Nexus 7 menggunakan processor 1.3GHz quad core berbanding 1GHz dual core oleh Galaxy Tab 2 7.0 dan Amazon Kindle Fire.
Satu lagi kelebihan Google Nexus 7 adalah menggunakan sistem operasi Os Android 4.1 Jelly Bean terbaru.
Specifikasi Google Nexus 7:
Os Android 4.1 Jelly Bean
Processor 1.3Ghz quad core
8GB/16GB memory
RAM 1GB
resolution 1280×800 pixel
Wi-Fi
Kamera Depan 1.3 MP
battery life : up to 7 hour
Apa yang dapat disimpulkan ialah, Google Nexus 7 ini memang sesuai bagi peminat tablet bersaiz sederhana. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mahukan tablet yang lebih besar, new iPad mungkin jawapannya.
Pendapat admin, lebih baik kalau tunggu pelancaran iPad mini sebelum membeli tablet bersaiz sederhana sekarang. Mungkin iPad mini menawarkan specifikasi dan pakej yang lebih menarik atau mungkin juga sebaliknya. Selepas itu baru buat keputusan, itupun kalau sabar menunggu. Google Nexus 7 di Malaysia juga boleh dipesan melalui website lowyat, mobilemegamall selain google play. Harga Google Nexus 7 di Malaysia harga menerusi Lowyat adalah RM850 (8GB) dan RM1080 (16GB).

Bagus untuk mereka yang ada bajet dalam RM1000 ke bawah.
mungkin kalau sudah dijual di pasaran Malaysia, harga lagi murah nanti
kita tunggu camne situasinya dulu.. hehehehe. camn nak beli je
dapatkan skrg
Apa kebaikkannya telefon ini kepada blogger?
Mungkin dia ada apps utk blogger/blogspot ke sebab Google yang punya kan?
ini ialah tablet, boleh membantu blogger atau pengguna alternatif untuk melayari internet, senang dibawa kemana-mana dan lebih memuaskan berbanding melayari internet dengan hp biasa sbb saiz lebih besar
mungkin boleh dicuba nanti kalau masuk pasaran malaysia – lg canggihlah berblog dgn menda ni
google nexus 7 ini memang sgt popular skrg
masa balik kampung.. tengok sepupu guna tablet.. mcm rasa nak beli plak.. mmg mudah utk online di luar rumah..
memang mudah dan senang
Bila la agaknya nak masuk pasaran Msia ni. Selagi tak dapat nak hands on memang susah nak buat pilihan.
2 hari lepas baru masuk pasaran France, Germany dan Spain, lps release kat eropah. Malaysia mungkin kena tunggu lagi
keseluruhannya U.S. Canada, the UK, Australia, France, Germany and Spain, Asia masih belum ada tapi masih boleh dibeli secara online
dah tak larat pakai gajet pintar, tab dan iphone nie pun tak diterokai sepenuhnya lagi, takkan nak tukar yang baru pulak… he he he. gajet la ni pun makin dahsyat, ada je pembaharuan yang mereka buat.
takpe, boleh teruskan dgn apa yg ada skrg klau masih selesa
Menarik! Ni kalau betul dalam RM600, mau kena ambe menabung =)
start simpan skrg
kena tax mahal la pulak. ingatkan murah lagi pada 1malaysiatab tu..huh sama je bila masuk malaysia
kalau yg 8GB lebih murah dari 1malaysiatab, kalau x silap 1malaysiatab harga RM999
Hok lain ok dh…kamera dia ….alahaiii…..
ya, tapi seriously x ramai guna tablet ambil gambar, prefer guna hp
sekarang ni zaman tablet.
bila tengok ramai pakai teruja jugak nak pakai.
ape pun, tengoklah keperluan. (belum berkemampuan nak beli lagi haha)
takpe, simpan duit dulu mana tau nak beli di kemudian hari
menarik juga ni
tapi buat sementra ni aku pakai galaxy tab je dulu
galaxy tab pun ok gak, model apa ya
Masih belum lagi memiliki tablet. Memang tengah dalam perancangan juga nak memiliki Nexus 7 ni
boleh lihat dulu semua pilihan yg ada dan buat pilihan