Perbandingan iPhone 5 vs iPhone 4s

Perbandingan iPhone 5 vs iPhone 4s Perbandingan iPhone 5 vs iPhone 4s

Perbandingan iPhone 5 vs iPhone 4s (iPhone 5 vs iPhone 4s comparison). Pelancaran iPhone 5 baru-baru ini menandakan satu lagi smartphone bakal bersaing di pasaran sedia ada. Bagi pemilik produk Apple seperti iPhone 4s, mungkin ada yang sudah berkira-kira untuk mendapatkan iphone 5 ini. Di sini adalah sedikit perbandingan antara iPhone 5 dan iPhone 4s.

Perbandingan iPhone 5 vs iPhone 4s

Perbandingan iPhone 5 vs iPhone 4s

Sistem Operasi
iPhone 5 menggunakan operating system iOS 6 manakala iPhone 4s menggunakan iOS 5. Walaubagaimanapun tiada sebarang kelebihan yang besar kepada iPhone 5 sebab hampir semua produk apple termasuk iPhone 3s, iPhone 4, iPhone 4s, iPad 2 atau iPad 3 akan mendapat kemaskini (update) ke iOS 6.

Processor
iPhone 5 menggunakan chipset A6 yang dianggap mempunyai performance dua kali lebih pantas dari A5 di iPhone 4s. Perbandingan iPhone 5 vs iPhone 4s dari segi processor sememangnya memihak kepada iPhone 5.

Saiz Memori / RAM
iPhone 5 dan iPhone 4s menyediakan tiga saiz memori iaitu bermula dari 16GB, 32GB dan 64GB. iPhone 5 menggunakan RAM yang lebih besar iaitu 1GB berbanding hanya 512 MB oleh iPhone 4s.

Sistem Rangkaian (LTE network)
iPhone 5 merupakan iPhone pertama yang menggunakan sistem sokongan kepada 4G LTE. Di Malaysia, masih belum ada lagi LTE dan dijangka akan dilancarkan pada tahun depan (2013).

Cost (Harga)
iPhone 5 dijual pada harga permulaan yang sama dengan iPhone 4s semasa pelancarannya dahulu. Bagaimanapun, kini sudah pasti harga iPhone 5 lebih mahal sebab iPhone 4s telah turun harga. iPhone 5 masih belum dipasarkan di Malaysia, oleh itu harga iPhone 5 di Malaysia masih tidak diketahui. Menurut sumber, iPhone 5 berada di Malaysia pada 26 Oktober ini.

Lain-lain
iPhone 5 mempunyai saiz yang lebih nipis dan ringan berbanding iPhone 5 iaitu 7.6 mm dan 112 gram berat. iPhone 4s pula 9.3 mm nipis dan 140 gram berat. iPhone 5 juga memperkenalkan connector baru dikenali sebagai lightning yang mempunyai 8 pin.

Perbandingan iPhone 5 vs iPhone 4sMana lebih bagus iPhone 5 atau iPhone 4s, jawapannya memang sudah pasti iPhone 5 lebih bagus. Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih berpuas hati dengan iPhone 4s, seeloknya kekalkan untuk elakkan pembaziran kecuali anda memang ada duit untuk beli. Selain itu boleh juga tengok perbandingan antara iPhone 5 vs Samsung Galaxy S3 vs Nokia Lumia 920.

About beckhrooy
The owner and founder of lewis.my and Beckhrooy Network.

18 Comments on Perbandingan iPhone 5 vs iPhone 4s

  1. dua-dua pun bagus, namun iPhone 5 mempunyai kelebihan tersendiri, so kalau nak beli pilihlah iPhone 5 baru puas hati.

    Donny: tunggu ada rezeki baru sambar satu hehe

  2. Pasti ramai yang tidak sabar bila iPhone 5 ni akan di pasarkan..

  3. dua2 x berkenan x tau kenapa, anti apple kot sbb pengguna tegar andriod hehehe

  4. Saya setuju pada kalimat terakhir… Pengguna iPhone 4S tidak ada alasan khusus buat membeli iPhone 5. Kecuali memang orang yang kaya raya.. :)

    • ya, persoalannya adakah berbaloi pemilik Iphone 4s membeli iPhone 5 ni, tapi kalau ada duit dan memang minat memang boleh :)

  5. mak x pernah guna produk apple so tatau bagus or not IP4 or IP5..sekadar baca komen2 dan pendapat org lain ajelah mak nih

  6. masih tak mampu nak beli sebarang produk apple pun..

  7. Strategi perniagaan Apple..upgrade sikit2 je untuk setiap model keluaran baru..

  8. Tak sabar tunggu harga 4S turun.

  9. booo iphone..hehehe..(saja cari pasal)..=P

  10. Dua2 pon nampak cantik dan hebat. Applikasi tak penting bagi kawe sobab handphone gunannya utk menalipon aje lah :D

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



Protected by WP Anti Spam