Home » Semakan Online » Semakan PTPTN Online Dan SMS Semak Baki PTPTN

Semakan PTPTN Online Dan SMS Semak Baki PTPTN

Semakan PTPTN Online Semak Baki Pinjaman PTPTN loan

Semakan PTPTN Online Dan SMS Semak Baki PTPTN. PTPTN merupakan singkatan untuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kalau semasa di zaman masih belajar, kebiasaannya para pelajar akan sentiasa menunggu duit PTPTN masuk setiap semester dan sudah membuat perancangan apa yang hendak digunakan untuk duit tersebut.

Bagaimana cara semak PTPTN sama ada semakan PTPTN online atau loan PTPTN kita ? Bagi mereka yang baru mendaftar, mesti ingin membuat semakan status PTPTN mereka dan seterusnya semakan keputusan PTPTN. Bagi pelajar yang sudahpun menamatkan pengajian dan sudah bekerja mungkin mereka akan ingin mengetahui cara semak baki ptptn mereka. Cara Semakan PTPTN Online Dan SMS Semak Baki PTPTN ialah mula-mula pergi ke laman web ptptn ke sini.

Terdapat tiga link seperti di atas iaitu Laman Web Rasmi, Laman PTPTN Online dan Urusan Pertukaran Ujrah. Klik pada kotak tengah tu iaitu Laman PTPTN Online. Anda harus membuat pendaftaran terlebih dahulu sekiranya belum pernah buat pendaftaran.

Semakan PTPTN Online Semak Baki LOAN PTPTN

Kalau dah daftar, hanya perlu login sahaja dan selepas itu bolehlah semak pada profile anda di sebelah kiri seperti di bawah. Kalau nak semak baki PTPTN boleh klik pada penyata baki seperti gambar di bawah.

Semak PTPTN Online Semakan PTPTN Loan Baki Pinjaman

Walaubagaimanapun, cara paling mudah dan senang semak ptptn ialah menggunakan sms. PTPTN telah memperkenalkan perkhidmatan SMS (short message service) terbaru sebagai salah satu cara untuk membuat semakan status ptptn.  Cara Semakan PTPTN SMS ialah seperti di bawah ini: Sila taip PTPTN NOPIN[JARAK]NOKP dan hantar ke 33199. Caj yang dikenakan bagi setiap SMS ialah sebanyak RM0.50. Perkhidmatan ini beroperasi 24 jam sehari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam