Tag Archives: Kelebihan Asus Padfone 2

Asus Padfone 2 (Asus Padfone 2 Price)

harga asus padfone 2 di malaysia asus padfone 2 price in malaysia

harga asus padfone 2 di malaysia asus padfone 2 price in malaysia

Asus Padfone 2 (Asus Padfone 2 Price) | Asus telah melancarkan phablet terbaru iaitu Asus PadFone 2.  PadFone 2 ini adalah smartphone android dan juga berkebolehan untuk digunakan sebagai tablet atau dengan kata lain phablet (phone+tablet). Sebelum ini, Asus pernah berkerjasama dengan Google untuk menghasilkan tablet Google Nexus 7 yang memenangi award gadget terbaik 2012. Padfone 2 bersaiz 4.7 inci dan mempunyai sokongan 4G LTE serta NFC. Antara specifikasi Asus Padfone 2 ialah seperti berikut :

  • Operasi Sistem Android v4.x (Ice Cream Sandwich), akan dikemaskini ke Android v4.1 Jelly bean
  • 1.5 GHz Quad-core Krait Processor- Qualcomm Snapdragon S4 Pro
  • Adreno 320 GPU
  • 2GB RAM
  • Super IPS+ LCD capacitive touchscreen
  • Kamera 13 MP, 4032 x 3224 pixels, autofokus dan LED flash
  • Kamera depan 1.2 MP
  • Memori 16GB/32GB/64GB
  • NFC dan sokongan GPS
  • Bluetooth v4.0
  • WLAN
  • Dokumen Viewer
  • Berat 135g
  • Bateri 2.140mAh

Kelebihan Asus Padfone 2 ialah mempunyai aksesori tablet iaitu Padfone Station untuk menjadikannya digunakan sebagai tablet. Padfone Station mempunyai screen 10.1″ WXGA IPS screen dan bateri 5,000mAh. Gabungan berat PadFone 2 termasuk Padfone Station ialah 649g.

Asus Padfone 2 dilengkapi dengan chipset yang berkuasa tinggi iaitu 1.5 GHz Quad-core Krait Processor- Qualcomm Snapdragon S4 Pro Adreno 320 GPU. Tambahan pula 2GB RAM disediakan menjadikan Padfone 2 ini antara yang terbaik dalam kategorinya.

Asus Padfone 2 mempunyai tiga pilihan saiz memori iaitu 16 GB, 32 Gb dan 64 GB. Walaubagaimanapun, tiada kemudahan slot card untuk memori tambahan disediakan dan juga kemudahan radio. Selain itu, OS version Android v4.x (Ice Cream Sandwich) mungkin agak ketinggalan sedikit tetapi Asus akan memberikan kemaskini ke Android jelly bean dalam masa terdekat.

Harga Asus Padfone 2 (Asus Padfone 2 Price) masih belum diketahui dengan pasti tetapi phone dan Padfone 2 tablet akan dijual secara berasingan di Asia. Di eropah harga Padfone 2 termasuk Padfone Station ialah  $1,040 (RM3,179.80)  untuk model 32 GB. Asus Padfone 2  akan datang ke Malaysia hujung tahun ini.