. . .

Google Nexus 7 Dilancarkan Di Malaysia 21 September 2012. Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, Google Nexus 7 merupakan tablet android pertama oleh Google. Google Nexus 7 ini merupakan tablet sangat popular dalam kategori tablet bersaiz sederhana iaitu 7 inci lebih. Salah satu kelebihan Google Nexus 7 adalah menggunakan sistem operasi Os Android 4.1 Jelly Bean terbaru.

berapa harga google nexus 7 di Malaysia Price - Google Nexus 7 Dilancarkan Di Malaysia 21 September 2012

Pelancaran Google Nexus 7 Di Malaysia

Pelancaran Google nexus 7 di Malaysia ini bakal memberi saingan kepada Samsung galaxy tab 2 7.0 dan juga Amazon Kindle Fire (dijual online). Sehingga kini, masih belum ada berita tentang pelancaran iPad Mini oleh Apple sejak melancarkan iPhone 5 12 September lepas. Oleh itu amat besar kemungkinan google nexus 7 akan menjadi pilihan ramai tambahan pula harganya yang rendah. Sebelum ini, admin ada membuat post mengenai persaingan tablet bersaiz sederhana (7 inci) yang semakin popular sekarang. Pada masa ini, google nexus 7 ada dijual menerusi Lowyat dengan harga RM850 (8GB) dan RM1080 (16GB). Harga Google Nexus 7 di Malaysia selepas pelancaran adalah dijangka lebih rendah daripada harga tersebut.