Berapa harga Ipad Mini di Malaysia ? Mesti ramai peminat produk Apple atau gadget yang tertanya-tanya. Syarikat pengeluaran gadget terkemuka dunia Apple akan melancarkan produk iPad terbaru. Sebelum ini, Apple telahpun melancarkan New iPad yang mendapat sambutan yang memberansangkan oleh pengguna. Apple iPad mini dijangka akan dilancarkan pada bulan Oktober tahun ini.
Apple iPad mini ini adalah versi mini iPad sedia ada dan dijangka mempunyai saiz 7 atau 8 inci. IPad mini akan menjadi saingan kepada Samsung Galaxy Tab dan juga Google Nexus 7. Berapa Harga iPad mini di Malaysia ? Harga tablet ini dijangka sekitar RM600-RM800 mengikut sumber tidak rasmi. Harga Google Nexus 7 di Malaysia adalah sekitar RM700-RM800 jadi, harga Apple iPad mini juga mungkin lebih kurang dengan harga tersebut disebabkan persaingan. Menurut sumber, Apple iPad mini akan dilancarkan selepas pelancaran iPhone baru, iPhone 5 pada bulan September.
Updated 24 Oktober 2012:
Apple iPad Mini dilancarkan secara rasmi dan harga disahkan.
Apple iPad Generasi Ke-4 Dilancarkan (iPad With Retina Display (iPad 4th Generation)


bawah satu ribu, itu yang pasti. rasanyalah. sesuai dgn saiznya. mungkin.
ikut sumber2 tidak rasmi, harganya kurang dari 1k, tp nak tahu harga sebenar kna tunggu pelancarannya nnti
aku fkir msti cecah 1K harganya..beza cuma saiz shj tetapi materialnya tetap sama..
mungkin bagi memory yang paling sikit kurang RM1k, lebih sikit2 masih ok juga
Setia dengan android. Hehehe
guna dua2 pun bleh ha2
Ada juga mendengar hasrat Apple ini mengecilkan iPad kepada saiz 7′ macam persaing mereka Samsung.
Apa pun tindakan Apple tetap akan mendapat sambutan.
perlu untuk meberikan pengguna lebih byk pilihan
wah! aku sedang mencari gadget tab yang skrin kecil sedikit macam galaxy note/samsung s3 pun boleh. kalau ipad mini nak kuar, bagus jugak. nanti boleh bagi review penuh ok?.
boleh
Pingback: Google Nexus 7 Versi Baru Lebih Murah Bakal DilancarkanLEWIS.MY